Monday, September 8, 2008

BAJA CACING.

Vermicomposting ni adalah salah-satu cabang dari composting science. Untuk mengetahui secara mendalam kena kaji secara ilmiah:
1. Vermicast = 100% tahi cacing
Mempunyai nilai pH antara 6.5-7.5
Kandungan vermicast…
• Organic Carbon 20.43 – 30.31 %
• Nitrogen 1.80 – 2.05 %
• Phosphorus 1.32 – 1.93 %
• Potassium 1.28 – 1.50 %
• Carbon : Nitrogen 14-15 : 1 %
• Calcium 3.0 – 4.5 %
• Magnesium 0.4 – 0.7 %
• Sodium 0.02 – 0.30 %
• Sulphur Traces to 0.40 %
• Iron 0.3 – 0.7 %
• Zinc 0.028 – 0.036 %
• Manganese Traces to 0.40 %
• Copper 0.0027 – 0.0123 %
• Boron 0.0034 – 0.0075 %
• Aluminium Traces to 0.071 %
• Cobalt, Molybdenum Present in available form

2. Vermicompost = Hasil baja yg dihurai/kompos dari sisa buangan organik dgn menggunakan cacing pengomposan sebagai agen pengompos. Ia seharusnya terdiri dari lebihkurang 85% Vermicast dan 15% sisa buangan organik yg telah mengompos.
Organisma berfaedah ada dimana2 & ianya penting sebagai salah-satu agen penghurai/pengompos (terutama sekali lactobacillus), malah, ianya saling bekerjasama dgn cacing dlm sistem vermikompos. Cacing cuma akan makan jika sisa itu separa reput dan Cacing akan makan media berserta mikrob sekali utk bantu penghadaman.
Oleh kerana mikrob berfaedah tertentu, sistem penghadaman cacing berupaya mensterilkan apa jua bahan mereput termasuk beberapa pathogen2 yg sgt merbahaya kpd manusia.
Dari persekitaran sistem vermikompos, ianya unik dimana mikrob berfaedah akan mula membiak mulai dari tahap “pre-kompos”. Disarankan guna EM.1 di peringkat “pre-kompos” utk mempercepatkan jangkamasa penghuraian dan menambahnilai mutu baja secara menyeluruh. Kelembapan vermikompos yg telah matang, harus dikekalkan minima 12% utk menampung bio-diversity mikroflora & mikrofauna dlm Vermikompos.
Vermikompos (baja organik cacing)
Baja organik kotoran cacing tidak menyebarkan bau, bersih dari kotoran maupun serangga. Baja yang terhasil dari kotoran cacing ini sangat baik untuk tanaman sayuran, tanaman tahunan, buah-buahan dan tanaman hiasan. malahan merupakan baja organik yang mesra alam.
fakta Penggunaan vermikompos berbanding baja kimia adalah 1:3. Artinya 1 kg vermikompos bersamaan3 kg baja kimia. Dalam proses pembuatan baja, diperlukan sisa kotoran lembu atau kerbau. Kemudian cacing ditaburkan di bahagian atas kotoran tersebut dan dibiarkan selama dua minggu. Selama itulah terjadi proses pembuatan baja, cacing mengubah kotoran yang tadinya berwarna kehijauan menjadi kehitaman.
Apabila cacing meninggalkan media kotoran maka prosesnya sudah selesai. Kemudian dikeringkan. Baja Kebaikan kegunaan baja organik kotoran cacing adalah baja ini dapat meneutralkan lebihan asid tanah dan menjadikan tanah lebih gembur. Tanah juga tidak cepat padat seperti halnya kalau memakai tinja haiwan.
Vermikompos
#Baja Vermikompos adalah baja organik yang mengandungi NPK yg mudah diserap (phyto-soluble) oleh pokok, trace element, mikrob berfaedah (nitro & phoshobactors), asid humic / fulvic, ph neutral, pest repellant semulajadi, penggalak pertumbuhan/buah dll.
Aplikasi vermikompos dalam tanaman:
# utk sayur dedaun guna 200g/m persegi (apply 60%-70% during plough, apply balance when young shoot sprout after 2 weeks)
# utk sayur berbuah jangka panjang guna 200g/m persegi (apply 60%-70% during plough, apply balance when young shoot sprout after 2 weeks). Kemudian 100g/m persegi (apply thereafter bi-monthly as carrier fertilizer)
Faktor penjimatan / keuntungan penggunaan Vermikompos:
# kurang pembajakan antara musim
# kurang masalah perosak
# pertambahan pengeluaran hasil
# mutu rasa & ketahanan hasil (rasa crunchy & shelf-life lebih lama)
# penjimatan dari segi pengurangan penggunaan baja setelah musim ketiga apabila tmutu tanah sudah dapat dipulihkan kerana vermikompos memulihkan tanah agar pokok dapat menyerap nutrien dengan lebih efisien.

Sumber: Capt.Rtd Kamaruzzaman a.k.a Eudrillus(bicarajutawan)

No comments: